Wednesday 3 September 2014

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Arab (SABK) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang (SMASRA) telah ditubuhkan pada 4 Januari 1988, hasil inisiatif Yang Berhormat Datuk Hj Mohd Shariff bin Hj Mohd Derus, Exco Agama dan Pendidikan Negeri Melaka pada waktu itu. Turut bertanggungjawab dalam penubuhan sekolah ini ialah Allahyarham Ustaz Tn Hj Jaafar bin Abdul Hamid, yang pada waktu itu menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Pada awalnya lokasi sekolah terletak berhampiran dengan Pekan Pulau Sebang dan Pekan Tampin, 15 km dari Pekan Alor Gajah dan 40 km dari Bandar Melaka. Lokasi ini merupakan lokasi sementara berkongsi dengan Sekolah Rendah Agama Pekan Pulau Sebang ,menantikan bangunan sebenar sekolah ini yang dijangka siap penghujung tahun 2007, di mukim Tanjung Rimau, Alor Gajah Melaka. Seperti yang telah dijangkakan, akhirnya bangunan sekolah yang baru telahpun siap dibina dan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana pada Julai 2007 SMASRA beroperasi sepenuhnya di lokasi yang baru. Kini sekolah ini yang lebih dikenali dengan panggilan al-Asyraf dengan mengah berdiri sendiri di Bukit Merchat. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn Hj shukor bin Hj Salikin. Beliau merupakan bekas Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah dan seorang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran pendidikan. Namun begitu, beliau telah ditukarkan ke Maahad Tahfiz Anjung Batu, Serkam Melaka. Tempat beliau telah digantikan dengan Tn Hj Suboh bin Ma’soom bermula pada 1 Mac 2003 hingga kini. Pada tahun 1998, perjalanan sekolah ini dimulakan dengan sebuah Kelas Peralihan yang terdiri daripada 28 orang pelajar ; 24 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Seramai 17 pelajar lelaki ditempatkan di asrama pada awal penubuhan sekolah ini. Pada tahun 1999, 2 buah kelas peralihan telah ditambah iaitu terdapat seramai 60 orang pelajar menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 88 orang. Tenaga pengajar telah meningkat kepada 5 orang bagi membantu melicinkan lagi perjalanan sekolah. Tahun demi tahun berlaku pertambahan pelajar. Pada tahun 2002, ada seramai 147 orang pelajar iaitu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Dalam masa yang sama tenaga pengajar turut bertambah. Pada tahun 2003, anak sulung sekolah ini telah menduduki peperiksaan SPM, dan mereka berjaya mencatatkan keputusan 100% lulus. Kecemerlangan ini diteruskan lagi pada tahun 2004 dengan menambahbaikan jumlah A dan kualitinya. Pada tahun 2009 bilangan pelajar semakin bertambah menjangkau hampir ke 350 pelajar yang majoritinya tinggal di asrama. Pihak sekolah telah diberi kelulusan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dulu dikenali dengan Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) untuk membuka kelas tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama (STAM). Pihak sekolah telah menggambil tindakkan awal dengan membuka kelas Pra STAM di tingkatan 5. Insya Allah berkat doa dari semua, pihak sekolah akan membuka tingkatan 6 STAM pada 2010.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Pages

ENROLMEN MURID 2015

Search This Blog

Wikipedia

Search results

PENGETUA SMA(JAIM) AL-ASYRAF

PENGETUA SMA(JAIM) AL-ASYRAF

CARTA ORGANISASI KURIKULUM SMASRA 2015

HAK CIPTA TEPELIHARA © SMA JAIM AL-ASYRAF. Powered by Blogger.

VISI DAN MISI SMASRA

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA

MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MOTTO
BERILMU, BERAMAL
DAN BERIMAN

PIAGAM PELANGGAN SMASRA

Kami guru-guru dan kakitangan
SMASRA dengan penuh kesedaran
dan tanggungjawab berjanji kepada
pelanggan kami akan :


ü Memberi pendidikan berkesan
dengan penuh minat, kasih sayang,
disiplin dan dedikasi sesuai
dengan tuntutan Islam bagi
memastikan semua pelajar
mendapat pendidikan yang
sempurna dan saksama.


ü Berusaha memantapkan
sahsiah pelajar dan
menerapkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan
bagi melahirkan pelajar
cemerlang yang seimbang
dari sudut duniawi dan ukhrawi.


ü Memberi maklum balas
terhadap pencapaian
akademik dan sahsiah pelajar.


üMemberiperkhidmatan
yang cekapdanmesra.


ü Pelaksanaan pengurusan
dan pentadbiran dengan
menyediakan prasarana
yang berkualiti supaya
kemudahan pengajaran
dan pembelajaran dijalankan
dengan berkesan serta dalam
keadaan baik dan selamat.


ü Pelaksanaan perhubungan
dengan komuniti
masyarakat dalam
mewujudkan perkongsian
pintar supaya dapat melahirkan
semangat kerjasama untuk
membantu pembangunan
sekolah, baik dari sumber
kewangan dan tenaga yang
diperlukan.

PEJABAT PENDIDIKAN DEARAH ALOR GAJAH

MSC

JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

FROG VLE

Jabatan Akuantan Negara

Jabatan Akuantan Negara
e-gaji

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN SMASRA 2015

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

SEK.MEN ARAB (JAIM) AL-ASYRAF

Total Pageviews

Guru Boleh Muat Turun / Download Maklumat Atau Bahan Yang Disampaikan oleh pihak sekolah Disini

LOgin frog VlE ->laman sekolah ->Penntabiran untuk download file mengenai pentadbiran smasra